Sunday, December 27, 2009

Hari Terakhir Praktikal

Khamis lepas (24 Dec) hari terakhir i punya internship kat office ACASYS. Sehari sebeIum tu I dengan Lai bertungkus lumus buat pudding caramel ..fuiyoh–untuk diberi kepada colleaques yang sangat sporting dan suka membantu.

Amacam? macam bagus kan ada trainees macam kami? Hahaha.. Memang baiklah kan buat pudding sampai tidur pukul 4 pagi? Sebelum tu kami beli bahan-bahan kat Mydin Subang & ternampak tisu napkin yang sangat chomel. Warna biru & pink. So kami decide- tisu biru nak bagi lelaki, yang pink kasi staf perempuan. RM0.99 je maah 1 set-20 keping. (promote giler hahah!) Kami buat pudding ,potong kecik-kecik ,letak 2 ketul buah koktail atas die & letak dalam bekas muffin..memang sangat comel! Siap tisu yang dilipat ala-ala yang kami belajar masa join catering dulu plus selit sudu kecik, siapa yang takkan terkesima dapat pudding camneh? Muahaha..


Dapat seketul sorang memang takkan puas makan. Bila ada lebih & kami offer – ada sesiapa lagi nak pudding?? Wahh..berebut2 mereka serang kami. Ada yang ambil sampai 2,3 ketul lagi. Memang puas hati bila masakan sendiri dipuji.hehe.. siap akak-akak kat situ mintak resipe – maka dengan kreatifnya telah menulis resipi siap ada Formula A+B, siap ade sketches untuk senang mereka faham then fotostat.. Ada yang tanya boleh tempah tak untuk apa-apa event.. See!! Macam nak kembangkan hidung kan. =8)

Terharu bila tisu comel yang kami bagi tidak diguna malah disimpan buat kenangan lagi. Kata mereka-“sayang lah nak pakai,tisu mahal ni..nak simpan buat kenangan..” dalam hati I- “ Mahal ke? RM 0.99 bahagi 20 keping= sen-sen je kot..”

Bos pulak tak datang hari tu.Terkilan gak tak dapat bagi pudding kat dia..tapi macam bagus gak dia tak datang.Boleh merayau-rayau,kacau orang, tangkap gambar,tidur kat sofa kat pantry sebab Mr.Khoo yang meja dia sebelah pantry pun cuti so boleh la tidur tanpa kantoi ngan sesapa. Tapi sofa tu menghadap surau tapi tidur dengan sangat nyenyak,almaklumlah buat pudding sampai pukul 4..air liur dah nak meleleh..orang lain keluar masuk surau. Sikit lagi nak meleleh..nasib baik sempat terjaga..fiuh! fiuh! <---ada sikit pengotor dengan pernyataan ini.Harap maaf. Malam tu main futsal dengan mereka(staf ofis). Geng draughtperson dengan design arkitek ajelah yg ada.Yang lain nak tidur maah.. So walaupun I tak pernah main futsal a.k.a tak pernah pass nak sepak bola tapi hantam sajalah.. Last-last memang sepak angin jelah (dalam nada terguris).. taklah2, I ade gak dapat sepak bola tapi GOL TU MEMANG JAUH PANGGANG DARI API LAH KAN... aksi manja dari kami..uwekk! Uwekk! tarik balik kata-kata tadi.

No comments:

Post a Comment