Sunday, December 27, 2009

Hari Terakhir Praktikal

Khamis lepas (24 Dec) hari terakhir i punya internship kat office ACASYS. Sehari sebeIum tu I dengan Lai bertungkus lumus buat pudding caramel ..fuiyoh–untuk diberi kepada colleaques yang sangat sporting dan suka membantu.

Amacam? macam bagus kan ada trainees macam kami? Hahaha.. Memang baiklah kan buat pudding sampai tidur pukul 4 pagi? Sebelum tu kami beli bahan-bahan kat Mydin Subang & ternampak tisu napkin yang sangat chomel. Warna biru & pink. So kami decide- tisu biru nak bagi lelaki, yang pink kasi staf perempuan. RM0.99 je maah 1 set-20 keping. (promote giler hahah!) Kami buat pudding ,potong kecik-kecik ,letak 2 ketul buah koktail atas die & letak dalam bekas muffin..memang sangat comel! Siap tisu yang dilipat ala-ala yang kami belajar masa join catering dulu plus selit sudu kecik, siapa yang takkan terkesima dapat pudding camneh? Muahaha..


Dapat seketul sorang memang takkan puas makan. Bila ada lebih & kami offer – ada sesiapa lagi nak pudding?? Wahh..berebut2 mereka serang kami. Ada yang ambil sampai 2,3 ketul lagi. Memang puas hati bila masakan sendiri dipuji.hehe.. siap akak-akak kat situ mintak resipe – maka dengan kreatifnya telah menulis resipi siap ada Formula A+B, siap ade sketches untuk senang mereka faham then fotostat.. Ada yang tanya boleh tempah tak untuk apa-apa event.. See!! Macam nak kembangkan hidung kan. =8)

Terharu bila tisu comel yang kami bagi tidak diguna malah disimpan buat kenangan lagi. Kata mereka-“sayang lah nak pakai,tisu mahal ni..nak simpan buat kenangan..” dalam hati I- “ Mahal ke? RM 0.99 bahagi 20 keping= sen-sen je kot..”

Bos pulak tak datang hari tu.Terkilan gak tak dapat bagi pudding kat dia..tapi macam bagus gak dia tak datang.Boleh merayau-rayau,kacau orang, tangkap gambar,tidur kat sofa kat pantry sebab Mr.Khoo yang meja dia sebelah pantry pun cuti so boleh la tidur tanpa kantoi ngan sesapa. Tapi sofa tu menghadap surau tapi tidur dengan sangat nyenyak,almaklumlah buat pudding sampai pukul 4..air liur dah nak meleleh..orang lain keluar masuk surau. Sikit lagi nak meleleh..nasib baik sempat terjaga..fiuh! fiuh! <---ada sikit pengotor dengan pernyataan ini.Harap maaf. Malam tu main futsal dengan mereka(staf ofis). Geng draughtperson dengan design arkitek ajelah yg ada.Yang lain nak tidur maah.. So walaupun I tak pernah main futsal a.k.a tak pernah pass nak sepak bola tapi hantam sajalah.. Last-last memang sepak angin jelah (dalam nada terguris).. taklah2, I ade gak dapat sepak bola tapi GOL TU MEMANG JAUH PANGGANG DARI API LAH KAN... aksi manja dari kami..uwekk! Uwekk! tarik balik kata-kata tadi.

Sunday, December 20, 2009

Surau Unisex




Pernah tak terjumpa kat mana-mana tempat awam yang ada surau unisex? Yeahh I MEAN IT.. UNISEX PRAYER ROOM.. wtf laa.. I’m so pissed of the day I went there for Zohor prayer. Nak solat pun tak kyusyuk.. Mana taknye, lelaki semayang kat sebelah aku aje.. And surau tu kat mane? Kat Petronas Sepang.. Wallaweii sape arkitek dia nih? Macam nak tumbuk aje!! Area punye besar , surau cinonet je siap kene campur laki pompuan. Ape kes? KLIA boleh buat gempak2.. Sepang circuit bukan main gampang hebatnya.. Surau camni pun..alahaaii..malas nak cakap banyak,tengok sendiri!

How sad. Paip untuk berwuduk pun dua aje ada. Kalau yang berwuduk tu sebelah lelaki sebelah pompuan.. bole terlanggar siku & seterusnya batal solat. Sungguh takde otak (dalam nada yang sangat bengang..)

----> bukan niat yg sebenar tapi Tombol pintu?? PETRONAS BAPAK BANYAK DUIT TOMBOL PINTU SEKETUL TAKLEH TUKAR KE??


Macam ni lah keadaannye dalam surau ajaib nih.. Mana letaknya privacy kaum Hawa?..Lebih-lebih lagi yang menjaga aurat. Macammana kakak-kakak, makcik-makcik, opah-opah nak solat dengan kyusuknya dalam surau yang macam ni?


Seorang kakak yang nak solat tapi ragu-ragu macam " eh betul ke ni surau??" sambil mata terkebil-kebil tapi diteruskan jugak sebab dah pukul 3 lebih.


Kesimpulannya : Sangat menyedihkan untuk melihat ada surau macam ni di negara yang serba membangun ni. Kepada rakan-rakan seperjuangan yang bakal jadi designer/ arkitek,janganlah design surau macam ni. Privacy of Muslim woman shall not be neglected in the society prior to the so known Islamic country.. If the architect happened to be a non-Muslim, there are no excuses to be made. As simple as there are Male/ Female toilets, the same goes to the Muslim prayer room. PRIVACY PLEASE!!


Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman -mari belajar 2

Arghhhhh!! case study belum habis lagi kat Masjid India tu.. Last time we went there was Wednesday. So kami kena ke sana lagi hari Jumaat untuk mengkaji aktiviti Friday prayer.
Macam penat kan nak kena pergi panas2? Macam penat kau kate? MEMANG PENAT LA WOI! Dan kulit aku semakin tanned (perlu dibanggakan jika anda mat salleh) -_-'

Okey...okey.. tak perlu simpati dari sesiapa.. Jadi mempersembahkan!!! dengan segala hormatnyaaaa... JENG3.. Solat Jumaat di Masjid India.. anda lihat..anda pikir.. boleh ke tak semayang macam nih.. kiblat dah lari dah ni..






Dua gambar di atas diambil sebelum solat Jumaat berlangsung. Tikar solat dibentangkan sepanjang jalan sehingga masuk dalam ruang bazaar. Tapi abg di atas masih sempat tersenyum bangga bila aku angkat camera nak amek gambar.. Hebat!







Gambar dua di atas pulak diambil ketika solat Jumaat sedang berlangsung. Siapa nak datang shopping kat sini dinasihatkan shopping hari lain selain hari Jumaat okeyh..






Atas ni pulak gambar lepas solat Jumaat.. dah lengang sikit..




...dan seperti biase..kalau tak mencapap memang tak sah.. hehe.. =8)


Kesimpulannya, setelah melaksanakan case study nih plus menemuramah pensolat2 (ade ke perkataan ni?) kat sini.. issue yang timbul ialah :

1) Kedudukan tandas wanita adalah sungguh tak sesuai! Macammana nih solat Jumaat depan jamban? adehhhh!!!

2) Tempat ambil wuduk tak appropriate. Ada permintaan dari sorang pakcik supaya paip ambil wuduk turut disediakan di bahagian luar- sebab apa??? sebab susah bila dah ramai orang, susah nak bergerak masuk & keluar balik. Susah especially bagi orang-orang tua nak bergerak.

3) Kiblat. Ramai yang mempertikaikan kiblat disini hinggakan tak mahu solat Jumaat disini. Sebabnya,apabila solat di sepanjang jalan tu, jalan tu sebenarnya menyerong sikit dari kedudukan imam.huhu..

5) Takde tempat parking yang cukup.kesesakan lalu lintas yang terlampau..

Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman - mari belajar 1



Ok.. memang saya sangat jarang post entry. Bukan sebab life saya yang zero-bosan-lame. Tapi sememangnya life saya buatkan saya jarang ada mase nak spend depan laptop. So walaupun banyak benda dah lame jd tapi saya still nak post gak.. hahaha..suka hati aku lah kan..

So kita pergi balik zaman still belajar dalam sem 6..

Aktiviti : buat case study kat Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman.

Macammana tu..? : Assignment ni memang diakui oleh pensyarah lain bahawasanya cewah, assignment ni memang agak leceh and susah..

So far, kami kena mengkaji :

-sejarah kewujudan masjid ni (dibina oleh India Muslim)

-space dalam masjid (ruang solat brape besau, tempat amek wuduk appropriate ke tak dan sewaktu dengannya yang melibatkan asrchitecture such as hiasan & pengaruh senibina..hukhuk.. T_T) needed lots of research isn’t it?

-aktiviti2 plus Friday prayer.. (kena kaji dari sebelum solat jumaat,semasa,& selepas) korang akan terkejut tengok macammane diorang nih semayang jumaat.Pergh!

Halangan : time ni H1N1 still rakus..so nak taknak kena la jugak pakai mask..huhu.. hensem sunguh!





Ni lah masjid India tu dari facadenya.. Dulu berwarna putih tak silap.Tapi entah kenapa dah bertukar wajah pulak..

Discussion bawah terik mentari..soOOO "smart" T_T tawu tak pakai mask seharian tuh buatkan aku kelemasan?..bebudak laki nih taknak pakai sebab tak macho kate mereka..hahah..

Bila dah bosan main jelah dengan ape-ape yang boleh dibuat main.. measuring tape pun measuring tape lah.. Orang lain pandang buat bodoh ajela..bukan diorang kenal pun..harharhar..
Ntah2 tuan punye motor takut nak amek motor die sebab ingat aku gila.. hurmmm...

Bila dah seharian buat case study..macam ni la ghupenye.. ni belum teruk lagi.. Lai kat sebelah tuh tunggu masa je nak mengamuk tuh.bad mood sebab terlalu penat..hehe..