Sunday, December 27, 2009

Hari Terakhir Praktikal

Khamis lepas (24 Dec) hari terakhir i punya internship kat office ACASYS. Sehari sebeIum tu I dengan Lai bertungkus lumus buat pudding caramel ..fuiyoh–untuk diberi kepada colleaques yang sangat sporting dan suka membantu.

Amacam? macam bagus kan ada trainees macam kami? Hahaha.. Memang baiklah kan buat pudding sampai tidur pukul 4 pagi? Sebelum tu kami beli bahan-bahan kat Mydin Subang & ternampak tisu napkin yang sangat chomel. Warna biru & pink. So kami decide- tisu biru nak bagi lelaki, yang pink kasi staf perempuan. RM0.99 je maah 1 set-20 keping. (promote giler hahah!) Kami buat pudding ,potong kecik-kecik ,letak 2 ketul buah koktail atas die & letak dalam bekas muffin..memang sangat comel! Siap tisu yang dilipat ala-ala yang kami belajar masa join catering dulu plus selit sudu kecik, siapa yang takkan terkesima dapat pudding camneh? Muahaha..


Dapat seketul sorang memang takkan puas makan. Bila ada lebih & kami offer – ada sesiapa lagi nak pudding?? Wahh..berebut2 mereka serang kami. Ada yang ambil sampai 2,3 ketul lagi. Memang puas hati bila masakan sendiri dipuji.hehe.. siap akak-akak kat situ mintak resipe – maka dengan kreatifnya telah menulis resipi siap ada Formula A+B, siap ade sketches untuk senang mereka faham then fotostat.. Ada yang tanya boleh tempah tak untuk apa-apa event.. See!! Macam nak kembangkan hidung kan. =8)

Terharu bila tisu comel yang kami bagi tidak diguna malah disimpan buat kenangan lagi. Kata mereka-“sayang lah nak pakai,tisu mahal ni..nak simpan buat kenangan..” dalam hati I- “ Mahal ke? RM 0.99 bahagi 20 keping= sen-sen je kot..”

Bos pulak tak datang hari tu.Terkilan gak tak dapat bagi pudding kat dia..tapi macam bagus gak dia tak datang.Boleh merayau-rayau,kacau orang, tangkap gambar,tidur kat sofa kat pantry sebab Mr.Khoo yang meja dia sebelah pantry pun cuti so boleh la tidur tanpa kantoi ngan sesapa. Tapi sofa tu menghadap surau tapi tidur dengan sangat nyenyak,almaklumlah buat pudding sampai pukul 4..air liur dah nak meleleh..orang lain keluar masuk surau. Sikit lagi nak meleleh..nasib baik sempat terjaga..fiuh! fiuh! <---ada sikit pengotor dengan pernyataan ini.Harap maaf. Malam tu main futsal dengan mereka(staf ofis). Geng draughtperson dengan design arkitek ajelah yg ada.Yang lain nak tidur maah.. So walaupun I tak pernah main futsal a.k.a tak pernah pass nak sepak bola tapi hantam sajalah.. Last-last memang sepak angin jelah (dalam nada terguris).. taklah2, I ade gak dapat sepak bola tapi GOL TU MEMANG JAUH PANGGANG DARI API LAH KAN... aksi manja dari kami..uwekk! Uwekk! tarik balik kata-kata tadi.

Sunday, December 20, 2009

Surau Unisex




Pernah tak terjumpa kat mana-mana tempat awam yang ada surau unisex? Yeahh I MEAN IT.. UNISEX PRAYER ROOM.. wtf laa.. I’m so pissed of the day I went there for Zohor prayer. Nak solat pun tak kyusyuk.. Mana taknye, lelaki semayang kat sebelah aku aje.. And surau tu kat mane? Kat Petronas Sepang.. Wallaweii sape arkitek dia nih? Macam nak tumbuk aje!! Area punye besar , surau cinonet je siap kene campur laki pompuan. Ape kes? KLIA boleh buat gempak2.. Sepang circuit bukan main gampang hebatnya.. Surau camni pun..alahaaii..malas nak cakap banyak,tengok sendiri!

How sad. Paip untuk berwuduk pun dua aje ada. Kalau yang berwuduk tu sebelah lelaki sebelah pompuan.. bole terlanggar siku & seterusnya batal solat. Sungguh takde otak (dalam nada yang sangat bengang..)

----> bukan niat yg sebenar tapi Tombol pintu?? PETRONAS BAPAK BANYAK DUIT TOMBOL PINTU SEKETUL TAKLEH TUKAR KE??


Macam ni lah keadaannye dalam surau ajaib nih.. Mana letaknya privacy kaum Hawa?..Lebih-lebih lagi yang menjaga aurat. Macammana kakak-kakak, makcik-makcik, opah-opah nak solat dengan kyusuknya dalam surau yang macam ni?


Seorang kakak yang nak solat tapi ragu-ragu macam " eh betul ke ni surau??" sambil mata terkebil-kebil tapi diteruskan jugak sebab dah pukul 3 lebih.


Kesimpulannya : Sangat menyedihkan untuk melihat ada surau macam ni di negara yang serba membangun ni. Kepada rakan-rakan seperjuangan yang bakal jadi designer/ arkitek,janganlah design surau macam ni. Privacy of Muslim woman shall not be neglected in the society prior to the so known Islamic country.. If the architect happened to be a non-Muslim, there are no excuses to be made. As simple as there are Male/ Female toilets, the same goes to the Muslim prayer room. PRIVACY PLEASE!!


Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman -mari belajar 2

Arghhhhh!! case study belum habis lagi kat Masjid India tu.. Last time we went there was Wednesday. So kami kena ke sana lagi hari Jumaat untuk mengkaji aktiviti Friday prayer.
Macam penat kan nak kena pergi panas2? Macam penat kau kate? MEMANG PENAT LA WOI! Dan kulit aku semakin tanned (perlu dibanggakan jika anda mat salleh) -_-'

Okey...okey.. tak perlu simpati dari sesiapa.. Jadi mempersembahkan!!! dengan segala hormatnyaaaa... JENG3.. Solat Jumaat di Masjid India.. anda lihat..anda pikir.. boleh ke tak semayang macam nih.. kiblat dah lari dah ni..






Dua gambar di atas diambil sebelum solat Jumaat berlangsung. Tikar solat dibentangkan sepanjang jalan sehingga masuk dalam ruang bazaar. Tapi abg di atas masih sempat tersenyum bangga bila aku angkat camera nak amek gambar.. Hebat!







Gambar dua di atas pulak diambil ketika solat Jumaat sedang berlangsung. Siapa nak datang shopping kat sini dinasihatkan shopping hari lain selain hari Jumaat okeyh..






Atas ni pulak gambar lepas solat Jumaat.. dah lengang sikit..




...dan seperti biase..kalau tak mencapap memang tak sah.. hehe.. =8)


Kesimpulannya, setelah melaksanakan case study nih plus menemuramah pensolat2 (ade ke perkataan ni?) kat sini.. issue yang timbul ialah :

1) Kedudukan tandas wanita adalah sungguh tak sesuai! Macammana nih solat Jumaat depan jamban? adehhhh!!!

2) Tempat ambil wuduk tak appropriate. Ada permintaan dari sorang pakcik supaya paip ambil wuduk turut disediakan di bahagian luar- sebab apa??? sebab susah bila dah ramai orang, susah nak bergerak masuk & keluar balik. Susah especially bagi orang-orang tua nak bergerak.

3) Kiblat. Ramai yang mempertikaikan kiblat disini hinggakan tak mahu solat Jumaat disini. Sebabnya,apabila solat di sepanjang jalan tu, jalan tu sebenarnya menyerong sikit dari kedudukan imam.huhu..

5) Takde tempat parking yang cukup.kesesakan lalu lintas yang terlampau..

Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman - mari belajar 1



Ok.. memang saya sangat jarang post entry. Bukan sebab life saya yang zero-bosan-lame. Tapi sememangnya life saya buatkan saya jarang ada mase nak spend depan laptop. So walaupun banyak benda dah lame jd tapi saya still nak post gak.. hahaha..suka hati aku lah kan..

So kita pergi balik zaman still belajar dalam sem 6..

Aktiviti : buat case study kat Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman.

Macammana tu..? : Assignment ni memang diakui oleh pensyarah lain bahawasanya cewah, assignment ni memang agak leceh and susah..

So far, kami kena mengkaji :

-sejarah kewujudan masjid ni (dibina oleh India Muslim)

-space dalam masjid (ruang solat brape besau, tempat amek wuduk appropriate ke tak dan sewaktu dengannya yang melibatkan asrchitecture such as hiasan & pengaruh senibina..hukhuk.. T_T) needed lots of research isn’t it?

-aktiviti2 plus Friday prayer.. (kena kaji dari sebelum solat jumaat,semasa,& selepas) korang akan terkejut tengok macammane diorang nih semayang jumaat.Pergh!

Halangan : time ni H1N1 still rakus..so nak taknak kena la jugak pakai mask..huhu.. hensem sunguh!





Ni lah masjid India tu dari facadenya.. Dulu berwarna putih tak silap.Tapi entah kenapa dah bertukar wajah pulak..

Discussion bawah terik mentari..soOOO "smart" T_T tawu tak pakai mask seharian tuh buatkan aku kelemasan?..bebudak laki nih taknak pakai sebab tak macho kate mereka..hahah..

Bila dah bosan main jelah dengan ape-ape yang boleh dibuat main.. measuring tape pun measuring tape lah.. Orang lain pandang buat bodoh ajela..bukan diorang kenal pun..harharhar..
Ntah2 tuan punye motor takut nak amek motor die sebab ingat aku gila.. hurmmm...

Bila dah seharian buat case study..macam ni la ghupenye.. ni belum teruk lagi.. Lai kat sebelah tuh tunggu masa je nak mengamuk tuh.bad mood sebab terlalu penat..hehe..






Friday, October 2, 2009

Apa masalahnya nak belajar?


Sebenarnya ni waktu bulan puasa. So muka macam toya la penat skit..


Apa masalahnya nak belajar kat Universiti? Takde.

Tak dinafikan setiap course pun masing-masing ada susah dan senangnya. Tapi selama dah hampir 3 tahun saya belajar architecture ni..Hurmmmmmm.. (mengeluh dalam kegembiraan.. T_T) Memang mencabar la. Susah nak didescribe dengan kata-kata.. siapa yang belajar course ni jugak memang akan faham maksud saya.. =) so kalau orang lain nak kata "alaa,semua course pun susah..busy,banyak kerja.."(sambil buat muka menjengkelkan) memang boleh pergi mams laaaa... jangan tidur seminggu baru kau layak cakap macam tu kay ^_^

Walaupun banyak sangat kerja yang memerlukan kekuatan fizikal, tapi kami still boleh menghappykan diri dalam studio.


Ni antara aktiviti utama la..dah kata architecture, takde maknalah kalau tak buat drawing kan. Kalau taknak cepat mengantuk, sumbat telinga dengar lagu-lagu rock. Jangan dengar lagu sedih ohh.. nak buat drawing pun slow je nanti.. (ini saya laa.. orang lain entahla..)

memandangkan ni bulan puasa..so saya dengar lagu nasyid lah.. (I wish I did.. -_-' )


boleh tahan la budak ini.. pantang nampak saya angkat camera -_-" (tengok sahabat seperjuangan di sebelah.. sangat tekun! )

Wednesday, August 12, 2009

Bila first time accident, syukur.

12 august 2009


Ni memang hari yang tak dapat dilupakan ni.
Kereta kancil merahku dilanggar dari belakang di round about dekat mcD section 3 Shah Alam. Memang suey la round about ni!


Ceritanya macam ni…
Saya bersama kawan-kawan yang lain tengah menuju ke UiTM.Nak shooting short movie untuk arcifest nanti. So drive ajelah sampailah kat round about tu, drive punya drive kat lane kiri round about tu.. tiba-tiba ternampak dari side mirror ada kereta dari lane kanan nak masuk laluan kiri. Saya pun pelik, dalam hati..” Eh,orang ni tak nampak ke aku bagi signal kanan? Kenapa nak langkah masuk je laluan kiri?”(aku dah check woi aku memang bagi signal kanan sebab aku taknak masuk laluan kiri tu)


Sekali tiba-tiba… BAMMMMMMMMM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Saya pun jerit AaaaAAAAAAAA~ sebab terkejut.Huh,dalam hati terpikir kawan-kawan yang duduk belakang.Risau sangat takut ada orang injured.
Turun kereta.Bumper depan (betul ke nama dia bumper?)kereta driver yang langgar kami tu tercabut. Cuak giler takut kereta saya entah apa pulak yang tercabut kan. Sekali tengok ok,tapi ada calar-calar la. Rim calar jugak .Sedih giler ok sebab rim baru..hukhuk. Bedebah giler driver tu nak salahkan saya pulak? Okey,kenapa saya bengang dengan dia? Cekidout yo!


1)Sebab dia cuak sangat sampai blur. Kawan-kawan saya pulak yang angkatkan
bumper dia yang tercabut tuh ke tepi jalan.Kawan-kawan dia tercangak aje.

2) Sebab dia kata saya tak bagi signal padahal dia yang nak masuk laluan
kiri,sepatunya berada di lane kiri la bukannya kanan.Plus!! Memang dah check
saya bagi signal kanan.saksi 4 orang.

3) Dia bagi alasan selama ni dia drive macam tu ok aje. BULLSHIT! Memang ajal kau tak sampai lagi.

4) Dia kata dia tak nampak signal saya. Memang la..dah kau dekat sangat tepi aku macam mana nak nampak kat side mirror? Blind spot kot…

5) Dia mintak nak bayar 50-50. Siapa yang langgar siapa masalahnya ni? Habis tu aku kena bayar bumper kau tu ke?

6) Dia kata dia masuk jugak laluan tu sebab takde peluang dah nak masuk,banyak kereta.So what? Tak boleh pusing balik ke? ARGHHHHHHHHHH!!!! #@&*&$# Tensionnya cakap dengan manusia macam ni.

7) Worst part.Dia budak law.(-_-)’ dan merupakan seorang perempuan. Patotlah taknak kalah beb. Bila cakap kalau buat report polis kena bayar report,plus sah-sah orang yang melanggar dari belakang memang bersalah, nak bayar kerosakan kereta dia lagi,baru dia diam.



Huh, kesimpulannya berhati- hati lah di jalan raya. Mungkn kita dah berhati-hati tambah-tambah lagi bawak anak orang. Tapi, belum tentu lagi pemandu-pemandu yang lain tu berhemah. Bila-bila masa boleh accident dengan sangat teruk. So beware, ajal tak tahu bila,banyakkan buat pahala, kubur memang lain-lain..(hahahah,ustazah part time ).

Thursday, July 30, 2009

Meredah Pulau Kapas


27-28 Julai 2009


First time vacation dengan kawan-kawan. Ni pun main redah aje. Memandangkan study trip buat diTerengganu dan kebetulan pulak sangat dekat dengan jeti Pulau Kapas jadi kami decide untuk lanjutkan trip sukahati dan tak balik Shah Alam dengan rakan-rakan yang lain. So here we go..

hns...hns.. membawa beg yang berat.Bahu telah senget sebelah! (tapi ini bukan saya)


Akhirnya! berjaya menjadi seorang traveller.Amacam? ada gaya tak? (^_^)V



Pemandu bas Uitm tinggalkan kami berlima di Jeti Pulau Kapas,Marang.


Takpe, ikut je arah papan tanda.


Jalan punya jalan,Tanya harga pakej,bargain,pening,bargain lagi sampai mintak paling murah lah orang tu boleh bagi.Then pening lagi, fikir punya fikir- dah sampai Terengganu yang ambil masa perjalanan 6,7 jam, dengan bas yang dah tinggalkan kami,plus sekarang cuti UiTM tutup sebab H1N1, so why not teruskan aje plan berani mati ni.Plus, pakej satu malam,makan 3 kali = RM 15 je, snorkeling,boat pergi balik ,chalet yang muat 6 orang.Akhirnya came to a conclusion,kita redah aje dengan harga RM 110.Wow..memang worth it!

Bargain..bargain..bargain sampai tokeh pening and kasi murah okey murid-murid!! TIPs no.1



Ni Azurin,budak lelaki first yang kami kenal.Sangat baik dan peramah.Dia anak tokey boat dan resort okeh.Better know how to bodek.Chewah,kidding.He’s nice & funny though.Berumur 18 tahun aje baru.Sebaya dengan adik saya. Dapat jadi adik ipar best gak nih.(ooops,lari topik!). Kami berlima negotiate kaw-kaw dengan Azurin sampai dia pening dan terpaksa call abangnya.Yela,dah kata Nehzat yang negotiate.hehehe..




Ni lah Azurin, berumur 18 tahun, belajar di Politeknik Dungun tak silap.




Bersedia untuk berangkat. Jom!


Tadaa!! bot dah datang!



Ni lah dia jeti dan bot yang kami naik.Hehe..best sebab Nehzat (Iranian ) yang pandu.Wow kan.Pakcik tu pun sukahati aje bagi.Haisyh,dia memanglah dah lama hidup.Kami ni baru nak berhidup.(-_-)’.. Bot bertolak pukul 1.30pm.

Huh! Lihatlah muka cool pakcik driver bot yang slumber nih.(ataukah sebenarnya tengah kecut perut?) (-_-')

keterujaan seorang Iranian!


Tengok! Pandu dengan cermat sekali. Syabas Kapten Nehzat!


Kelasi tambahan. Wewwwiiittt!!!


Angin best je.Ombak pun tak berapa kuat.So takdelah bot ni berhenti tengah-tengah laut macam last time yang saya pergi dulu.Huh,jenuh tenangkan mama yang takut naik bot.


Sampai nak dekat pukul 2pm.


terlihat olehku air yang jernih warnanya.whoaaa!!.. ni yang best ni pergi pulau!


Bila sampai je mintak air minum.Huh,semua muka tak malu.Minum air sambil tunggu orang bersihkan chalet kami.Yela,ada orang baru ckeck out. Sambil tunggu boleh check in,kami pun apa lagi,masing-masing lah bajet depan kamera kan. 3,2,1 ACTION!!!

gedik sebentar bersama kit kat (takde kena mengena)!! ahaks..


muka riang 1


muka riang 2


muka riang 3

chalet kami.Walaupun tak mewah tapi selesa.Muat 6 orang.tengok human scale.Besar la kan chalet ni?




Dalam pukul 3pm baru dapat check in.Rehat-rehat kejap.Cuci baju sikit sebab tak cukup baju.hehe..Bawak cukup-cukup aje untuk study trip. Pukul 4 pm macam tu dah boleh start snorkeling.

Snorkeling? Hurmm..rata-rata saya dengan Teha bukan first time snorkeling.Jadi bagi briefing (cewah..) kat kawan-kawan lain macam mana nak pakai snorkeling gear dengan betul. Wow,ada instructor percuma! Ohya,sebelum bergerak ke Pulau Kapas,kami telah membeli biskut-biskut untuk bagi ikan makan.Percayalah,ikan-ikan kat pulau memang suka makan biskut dengan roti.Mereka akan makan sampai piranha pun takut nak dekat!

gambar ini ditujukan bagi mereka yang tak tahu snorkeling tu ape.Sarcastic sekejap..hahahahahahahah..


Tadaaa.. tengok! Kami bagi ikan makan dulu.Tarik dulu banyak-banyak ikan barula snorkeling.Barulah best dapat tengok ramai ikan.Eh,banyak ikan..


sayangnya camera saya tak boleh capture underwater (T_T)


Okeylah.Gambar terakhir ni bukan gambar dari camera saya sebab tak boleh snap underwater.Tapi ni la gambaran sebenar bila snorkeling di Pulau Kapas. Jenis ikan pun sama.Walau macam manapun coral banyak mati dah sebab banyak sea urchin.Sea urchin makan coral.Jahat!


Hurmmm…sebenarnya kesian Nehzat.Disebabkan terlalu excited,dia dah terpijak landak laut.Huhu.. dah suruh hati-hati dah.Kat Pulau Kapas memang banyak landak laut a.k.a sea urchin. Jadi apa tips kalau anda terpijak landak laut? Once anda terpijak,duri dia memang akan masuk dalam kaki.Tapi takpe sebab beliau tak beracun. So ambil lah apa-apa benda keras,ketuk-ketuk kaki yang terkena duri tu. Nanti duri tu akan pecah sendiri.Bila dah pecah,kira okey lah tu.Nanti dia baik la tu. Ni orang pulau yang cakap eh.Bukan hatisuka je nak gebang.

Sebenarnya Nehzat sangat kelakar,mula-mula dah kena sekali.Lepas tu excited lagi,kena lagi sekali.Huhuhu.. (-_-)’ Nehzat..Nehzat..



Masa snorkeling ada instructor yang kami panggil ‘Big Bos’. Dia jahat,telah menipu saya dengan mengatakan kat tengah laut ada kerapu besar dua kali ganda manusia.Dengan menelan air liur “Gulp~” telah berpura-pura cool giler berenang pelan-pelan sebab takut ikan kerapu Giant gigit,hukhuk… T_T Rupa-rupanya Lik gelakkan saya kata ‘Big Bos” tipu.”mana ada kerapu besar 2x ganda manusia..besar manusia pun takde.ingat Baracuda ke?” (-_-)’ adakah Baracuda seekor dinosaur?

telah di google search.macam ni rupanya Barracuda.takde human scale jadi tak dapat agak besar dia macam mana.Dengar cerita ikan ni serang manusia.


Dahla big bos telah membaling banyak kali gamat kat saya.Aku geli lah dengan gamat!!!!! Tak paham-paham bahasa.Nak lemas aku dibuatnya.Plus takut terpijak landak laut lagi..Grrr~

geli laaaaaaa..........segala jenis cacing,ulat-ulatan segala aku geli. tolonglah paham.jangan main2 di tengah laut.Landak laut kat bawah dah sedia nak cucuk kaki..uhuks T_T mama~



Lepas snorkeling,saya telah meminta Lik (beach boy yang pandu bot) untuk pergi ke Spa Resort.Nak tahu kenapa? Kat sana ada ternak anak-anak penyu.Sangat comel! Kecik-kecik sangat. Sebenarnya nak pergi kena bayar RM15 seorang woii! Kalau kami ni berlima macam mana? Sungguh hawau cekik darah! Jadi, masing-masing bajet comel dan memujuk ‘Big Bos’ dan Lik untuk bagi murah.Mula-mula mereka taknak pergi sebab ombak makin kuat dan air laut nak pasang tapi kami nak jugak pergi! Bajet la..dah dekat giler kot.5 minit sampai. Lagipun esoknya nak balik dah.Pujuk-pujuk..”bolehla bang..lepas ni takde perempuan dah nak datang pulau ni.Kami je yang datang cuti ni..” Last-last kami pun dibawa dengan bayaran RM15 untuk 5 orang terus.Cool~

melawat anak-anak penyu yang comel.Sebenarnya banyak sangat lagi tetapi mereka sangat pemalu menerima kunjugan saya dan telah menyorok di tepi-tepi.Ohya, boleh pegang jugak anak-anak penyu ni.(siapa tengok Nemo? Yo dude~) sangat cute kan?


Waktu malam kami pergi dinner.Sampai-sampai aje sangat terharu okeyy.Meja dah di set 5 kerusi,dengan hidangan marvelous atas meja,plus….CANDLE LIGHT dinner okeyy! T_T isk3.. RM 15 untuk 3 meal.ni baru first meal.

Lauk pauk – sotong masak cili ke ape

- Masakan ayam spesel

- Sayur

- Telur dadar dalam dia cili-cilian(pedas oohh)

- Buah tembikai & oren

- Air oren ais.


candle light dinner.Nasib baik tak tertido.hehe..


Lepas makan kami melepak di tepi pantai sambil tengok bintang yang berjuta-jutaan dan juga bulan yang cantek. Ooh bulan..lalalala..(ah sudah-sudah..tak perlu..) .Kami juga sempat bersembang dengan Lik.Pada dasarnya mula-mula takut jugak nak bertegur sapa dengan orang yang tak dikenali.Tapi lama-lama sebenarnya dia ok,pemalu nak tangkap gambar dengan perempuan.Again,18 tahun jugak macam Azurin.

P/S : Sila abaikan pemakaian kami yang serabai ini .Uhuks ;p



Bermain? memang kesukaan kami! (^_^)V peace!! Macam power rangers tak?


Keesokan paginya, kami ke tepi pantai selepas subuh.Cantik dan sejuk sekali. Memandangkan masih terlalu awal untuk mandi jadi kami jalan-jalan ajelah tepi laut sambil kutip cengkerang siput dan batu yang cantik. Lai pulak sibuk melayan perasaan sorang-sorang sambil dengar Mp3. (Huh,ingat aku tak tawu ke kau tengah dengar lagu jiwang?Panggil banyak kali buat toya je..) Silap besar betul terlupa nak snap gambar minah ni.


tapak kaki saya di Pulau Kapas. Wow!


apabila ombak menghempas pantai (lagi sekali takde kene mengena) huhu..


Ni pasti lubang rumah ketam! Mustahil la lubang rumah ular pulak kan? (-_-)' duhh~



Sebelum mandi dan snorkeling lagi,kami dihidangkan dengan hidangan breakfast. Sandwich bakar isi tuna mayonis dengan mee goreng. Isk3..walaupun makanan yang simple,tapi sangat sedap jugak! Air boleh mintak air apa-apa. (^_^) I like..


merenung pemandangan dari tempat makan.Waaaah.. indahnyaaa Pulau Kapas!!! ( dalam hati perut sangat lapar tunggu breakfast sampai.Isk3.. T_T )


Tadaaa!!! breakfast sandwich bakar isi tuna mayonis berserta tomato.Sangat sedap hingga mayonis meleleh (Mungkinkah Abg chef ni sapu mayonis sambil mamai ?)


Ini mee goreng kalau anda nak tahu okey! Ni bukan cacing goreng! Gulp~ sendiri geli.


Lai telah membuat lawak pagi-pagi.Ada lalat datang hinggap dalam gelas teha. Dia nak panggil Teha.

Instead of cakap “Teha,ada lalat hinggap dalam air kau! “ tapi dia telah tersyasyul dengan amat dahsyat dahla silap panggil nama orang “ copi!! Tetatititutuututuuuuut lalaaat!!..” apakah?? Bahasa landak laut ke apa?

Selepas makan,kami berkayak.Sebenarnya mereka berempat je berkayak-Nehzat,Teha,Lai and Shark. Saya jadi photoghrapher mereka. Kelakar sungguh Shark dan Nehzat, boleh pulak kayak gi langgar jeti? Dan diketawakan pakcik di situ.Terus saya buat-buat tak kenal .huhu.. (-_-)’

bot untuk berkayak dua orang.Siapa nak duduk tiga orang boleh,duduk di penjuru belakang dan bonsot anda akan digigit jaws.


Cantik! Cantik!


Wah! dah tumbuh muscle selepas berkayuh nampaknya!


Seorang Lik yang menjaga kami dengan baik sekali! two thumbs up! Tengok-tengok! Memang cantik kan tempat ni? abaikan manusia di tepi itu sebentar. =P keji keji..



Jadi lepas berkayak kami pun bermandi-mandian dan snorkeling lagi. Lagi sekali telah memujuk Lik untuk meminjam snorkeling gear yang sepatotnya disewa dengan harga dalam RM 10.Kalau 5 orang? Huh..kena la berkira,duit dah nak kering,ni vacation main redah aje. Belum beli tiket balik Shah Alam lagi. Masa pergi duit dalam dompet tak sampai RM 200.Dia pun minta kebenaran ‘big bos’ dan kami berjaya!!! Hahahaha..keji dohh..

crystal clear okeyy.


Sepanjang kami berada di Pulau Kapas,Lik telah menjaga kami dengan baik.Mungkin sebab kami semua perempuan.Plus,dia ingat kami 17,18 tahun. Hahaha..sumpah kelakar.Dah nak balik baru bagitahu kami ni akak-akak dah. Lik yang membawa kami naik bot untuk snorkeling di tempat banyak coral.Dia jugak yang jaga kami sewaktu kayak (bot laida bocor wohh..) dan mandi di tepi pantai lebih-lebih lagi Nehzat yang taknak balik ke darat dah.huhu..dah syiok sangat tengok ikan dan coral dalam laut.Kepala pun tak naik-naik dah.Nasib baik ada life jacket.

Selepas snorkeling kami lunch pulak. Makanan sedap jugak..Isk3.. Everytime makan rasa terharu tak tahulah kenapa.

Kemudian kami pun packing nak balik.Bot ambil kami pukul 2pm.

sumpah sedih dohh nak packing balik.. T_T huhu..


kenangan bersama chef yang masak sedap dan menambah 1kg kepada kami sebelum balik. terima kasih bang.sungguh terharu.T_T Dan bersama Abang Said juga yang telah setting candle light dinner dengan meal-meal lain.


bersama Lik yang membantu mengangkat beg saya.Goodbye beach boy from Thailand.(walaupun mula-mula takut tengok dia tapi lama-lama terasa sangat ngam dan dia sangatlah kelakar dan pemalu.hahaha..)


Sampai-sampai di Jeti Marang kami disambut Azurin.Beliau telah offer membelikan tiket balik ke Shah Alam. T_T kan..syukur giler first vacation ni jumpa dengan orang baik-baik. Kalau tak jenuh pikir macam mana nak pergi stesen bas kat Kuala Terengganu tu. Azurin telah meminta abangnya Azim membelikan tiket untuk kami.Tiket dah ditempah.Pukul 10 malam. Habis tu masa yang ada nak buat apa?


Jadi secretary Azurin sebentar.
AMARAN : KATAKAN TIDAK KEPADA TELUR PENYU!!

Tahukah anda?
Seekor penyu tidak bertelur setiap tahun tetapi dalam
jangka masa 2-8 tahun sekali?dan masa untuk menetas adalah 45-60 hari.
7 spesies aje yang ada kat dunia ni.kat DUNIA ok dan 4 spesis aje yang ada
di Malaysia.Penyu juga ambil masa 20-50 tahun untuk matang.Kalau manusia?
15 tahun dah matang.50 tahun dah nak mampus kan.Kesian penyu..

(Iklan kesedaran sivik je ni.Lagipun mahal woi telur penyu.Sebiji RM2 camtu.
Kalau beli telur ayam? dah boleh dapat sedozen.siapa tak tahu sedozen tu berapa?
12 biji la ngeng..)


jadi model percutian ke Pulau Kapas?hahaha..tak cukup excited.REJECT!!!

Jadi bagaimana dengan mereka?

Semua layak! APPROVE!!



Sebelum kaunter boat yang Azurin jaga tutup,kami telah ke pasar berdekatan dan membeli buah.Orang-orang di pasar juga sangat peramah dan kelakar. Kami beli buah langsat,manggis dan….DURIAN!!!! Jadi sambil tunggu Azurin,kami pun makan buah di tepi jeti.Alahai romantika giler..

dengan tenaga seorang perempuan,
berjaya mengopek durian.Bravo,bravo..(eh dah berjaya buat pantun dua kerat sebenarnya!)

Jeng..jeng..jeng.. Semua pun nak beli keropok lekor kan.Amiera dah bising pulak nak keropok lekor.Kena gak cari walaupun tak tahu kat mana. Jadi selepas tutup kaunter dalam pukul 5 PM, Azurin telah membawa kami membeli keropok lekor. Beg-beg kami macam mana? Haaaaa… disebabkan Azurin ni baik jadi dia telah menumpangkan kami di resort familynya..Perghhh!! bagi kunci bilik lagi untuk rehat dan solat.Free okeyy.. T_T terharu lagi sekali dengan nasib baik yang menimpa kami.

sekitar resort Azurin.Cantik okey.


Selepas itu,dia telah menyuruh saya drive kereta Kenari manualnya sampai ke Pekan.Hehe..(Ooo..kau ingat aku main-main ke bila aku kata aku boleh drive hah budak kecik?)

muka riang dapat memandu di Terengganu.


memandu sambil buka tingkap.Baru terasa angin pantai. Whoaa!


Jadi dengan Azurin duduk di sebelah dan jadi penunjuk arah, saya pun drive la sampai ke tempat keropok lekor yang Azurin kata best tu.Ooo..patutla best eh..ada kakak-kakak yang cantik-cantik.. Amboi kau ni Azurinnnn…. Yang duduk belakang terpaksa la bersempit-sempit.Nasib korangla janji still bernafas.Pekerja di situ semua putih-putih.Musykil giler padahal panas duduk tepi pantai.Molek-molek.

membeli keropok lekor,sotong kering etc di sini.
Pekerja cun-cun jadi sesiapa nak awek ganu meh datang Marang meh.


Lepas borong keropok lekor,sotong kering dan makanan lain yang membuatkan kereta tambah melendut berat(apa ayat ni??),kami menuju ke gerai untuk minum-minum.Gerai tu kat tepi pantai.Again,dapat lepak minum dan makan sotong goreng tepung di tepi pantai.

Balik ke resort dan rehat kejap.Selepas itu Azurin hantar kami ke tempat tunggu bas berdekatan Masjid Tun Zahirah (Yeke nama masjid nih?sukahati aku aje.huhu..) Azurin menunggu sampai lah bas datang.Walaupun muka dia mengantuk dan saya dah suruh balik dulu dia kata “ takpelah kak,nanti kalau bas tak datang kang kesian kat akak-akak..” huhuhu… T_T terharu kali kesejuta dah ni..

Azurin yang telah menghantar kami ke tempat menunggu bas dan menunggu hingga bas sampai.


Bas pun datang around 10.30 PM. Dan mengangkut kami semua balik.Sangat sejuk dan kami telah tidur dengan nyenyaknya. Sampai di Shah Alam dalam pukul 5 AM.Sheila telah mengambil kami dan membuat surprise dengan membawa lagi seorang pemandu untuk membawa kami balik.Maklumlah,kereta kelisa tu tak muat untuk bawa kami 5 orang berserta beg-beg dan souvenirs lagi.So beliau yang lagi seorang itu ialah Dinie Hayyan..Wow!! Thanks so much DH!! We love yah!! Sungguh terkejut sampai terbeliak mata yang mengantuk ni jumpe ex-classmate.Terus taknak naik dengan Sheila nak naik dengan DH..wakaka.tak senunuh perangai.

Jadi begitulah panjang lebarnya cerita trip kami ni.Mula-mula was-was jugak kenapa la si budak Lik, Azurin dan abangnya ni macam baik aje. Mereka nak jual kami kat Thailand ke? Isk3.. Tapi try hard untuk fikir positif sampailah balik.Kami memang selamat dan percutian kami Alhamdulillah lancar dan tersangat-sangatlah best walaupun pergi Pulau Kapas aje. Dua perkara berbeza antara bercuti dengan family dan bercuti dengan kawan-kawan.

Bercuti dengan family- semua perbelanjaan anda ibu bapa yang tanggung,kalau tak cukup mintak aje.tak risau apa-apa dari awal sampai akhir percutian sebab ayah dah plan awal-awal.

Bercuti dengan rakan- mengajar erti sabar,dan belajar menjadi seorang yang independent ,adventurous, dan spontaneous .Main redah kan.yang penting hati dan niat untuk apa =)

Boat pergi balik = RM 30

Snorkeling trip = RM 25

Makan = RM 15

Extra (tengok penyu) = RM 15/5= RM3

So total perbelanjaan Pulau Kapas sahaja = RM113 satu malam including boat pergi balik,snorkeling trip,chalet yg selesa,dan makan 3 kali. Ok lah kan.kalau nak pergi lagi lama mungkin boleh negotiate lagi murah. Tiket balik Shah Alam = RM41.60

Awww~ posing nak gedik.haha..


p/s : semua gambar di atas adalah tanpa diedit dan benar dari kami kecuali yang telah di google search seperti Barracuda,snorkeling mat salleh dan gambar gamat(of course la,takde sape nak pegang) .Sesiapa yang nak pergi Pulau Kapas saya boleh bagi num contact Azurin ok.Sekian,terima kasih sebab membaca =)