27-28 Julai 2009
First time vacation dengan kawan-kawan. Ni pun main redah aje. Memandangkan study trip buat diTerengganu dan kebetulan pulak sangat dekat dengan jeti Pulau Kapas jadi kami decide untuk lanjutkan trip sukahati dan tak balik Shah Alam dengan rakan-rakan yang lain. So here we go..
hns...hns.. membawa beg yang berat.Bahu telah senget sebelah! (tapi ini bukan saya)
Akhirnya! berjaya menjadi seorang traveller.Amacam? ada gaya tak? (^_^)V
Pemandu bas Uitm tinggalkan kami berlima di Jeti Pulau Kapas,Marang.
Takpe, ikut je arah papan tanda.
Jalan punya jalan,Tanya harga pakej,bargain,pening,bargain lagi sampai mintak paling murah lah orang tu boleh bagi.Then pening lagi, fikir punya fikir- dah sampai Terengganu yang ambil masa perjalanan 6,7 jam, dengan bas yang dah tinggalkan kami,plus sekarang cuti UiTM tutup sebab H1N1, so why not teruskan aje plan berani mati ni.Plus, pakej satu malam,makan 3 kali = RM 15 je, snorkeling,boat pergi balik ,chalet yang muat 6 orang.Akhirnya came to a conclusion,kita redah aje dengan harga RM 110.Wow..memang worth it!
Bargain..bargain..bargain sampai tokeh pening and kasi murah okey murid-murid!! TIPs no.1
Ni Azurin,budak lelaki first yang kami kenal.Sangat baik dan peramah.Dia anak tokey boat dan resort okeh.Better know how to bodek.Chewah,kidding.He’s nice & funny though.Berumur 18 tahun aje baru.Sebaya dengan adik saya. Dapat jadi adik ipar best gak nih.(ooops,lari topik!). Kami berlima negotiate kaw-kaw dengan Azurin sampai dia pening dan terpaksa call abangnya.Yela,dah kata Nehzat yang negotiate.hehehe..
Bersedia untuk berangkat. Jom!
Ni lah dia jeti dan bot yang kami naik.Hehe..best sebab Nehzat (Iranian ) yang pandu.Wow kan.Pakcik tu pun sukahati aje bagi.Haisyh,dia memanglah dah lama hidup.Kami ni baru nak berhidup.(-_-)’.. Bot bertolak pukul 1.30pm.
Huh! Lihatlah muka cool pakcik driver bot yang slumber nih.(ataukah sebenarnya tengah kecut perut?) (-_-')
keterujaan seorang Iranian!
Tengok! Pandu dengan cermat sekali. Syabas Kapten Nehzat!
Kelasi tambahan. Wewwwiiittt!!!
Angin best je.Ombak pun tak berapa kuat.So takdelah bot ni berhenti tengah-tengah laut macam last time yang saya pergi dulu.Huh,jenuh tenangkan mama yang takut naik bot.
Sampai nak dekat pukul 2pm.
terlihat olehku air yang jernih warnanya.whoaaa!!.. ni yang best ni pergi pulau!
Bila sampai je mintak air minum.Huh,semua muka tak malu.Minum air sambil tunggu orang bersihkan chalet kami.Yela,ada orang baru ckeck out. Sambil tunggu boleh check in,kami pun apa lagi,masing-masing lah bajet depan kamera kan. 3,2,1 ACTION!!!
gedik sebentar bersama kit kat (takde kena mengena)!! ahaks..
muka riang 1
muka riang 2
Dalam pukul 3pm baru dapat check in.Rehat-rehat kejap.Cuci baju sikit sebab tak cukup baju.hehe..Bawak cukup-cukup aje untuk study trip. Pukul 4 pm macam tu dah boleh start snorkeling.
Snorkeling? Hurmm..rata-rata saya dengan Teha bukan first time snorkeling.Jadi bagi briefing (cewah..) kat kawan-kawan lain macam mana nak pakai snorkeling gear dengan betul. Wow,ada instructor percuma! Ohya,sebelum bergerak ke Pulau Kapas,kami telah membeli biskut-biskut untuk bagi ikan makan.Percayalah,ikan-ikan kat pulau memang suka makan biskut dengan roti.Mereka akan makan sampai piranha pun takut nak dekat!
gambar ini ditujukan bagi mereka yang tak tahu snorkeling tu ape.Sarcastic sekejap..hahahahahahahah..
Tadaaa.. tengok! Kami bagi ikan makan dulu.Tarik dulu banyak-banyak ikan barula snorkeling.Barulah best dapat tengok ramai ikan.Eh,banyak ikan..
Okeylah.Gambar terakhir ni bukan gambar dari camera saya sebab tak boleh snap underwater.Tapi ni la gambaran sebenar bila snorkeling di Pulau Kapas. Jenis ikan pun sama.Walau macam manapun coral banyak mati dah sebab banyak sea urchin.Sea urchin makan coral.Jahat!
Hurmmm…sebenarnya kesian Nehzat.Disebabkan terlalu excited,dia dah terpijak landak laut.Huhu.. dah suruh hati-hati dah.Kat Pulau Kapas memang banyak landak laut a.k.a sea urchin. Jadi apa tips kalau anda terpijak landak laut? Once anda terpijak,duri dia memang akan masuk dalam kaki.Tapi takpe sebab beliau tak beracun. So ambil lah apa-apa benda keras,ketuk-ketuk kaki yang terkena duri tu. Nanti duri tu akan pecah sendiri.Bila dah pecah,kira okey lah tu.Nanti dia baik la tu. Ni orang pulau yang cakap eh.Bukan hatisuka je nak gebang.
Sebenarnya Nehzat sangat kelakar,mula-mula dah kena sekali.Lepas tu excited lagi,kena lagi sekali.Huhuhu.. (-_-)’ Nehzat..Nehzat..
Masa snorkeling ada instructor yang kami panggil ‘Big Bos’. Dia jahat,telah menipu saya dengan mengatakan kat tengah laut ada kerapu besar dua kali ganda manusia.Dengan menelan air liur “Gulp~” telah berpura-pura cool giler berenang pelan-pelan sebab takut ikan kerapu Giant gigit,hukhuk… T_T Rupa-rupanya Lik gelakkan saya kata ‘Big Bos” tipu.”mana ada kerapu besar 2x ganda manusia..besar manusia pun takde.ingat Baracuda ke?” (-_-)’ adakah Baracuda seekor dinosaur?

telah di google search.macam ni rupanya Barracuda.takde human scale jadi tak dapat agak besar dia macam mana.Dengar cerita ikan ni serang manusia.
Dahla big bos telah membaling banyak kali gamat kat saya.Aku geli lah dengan gamat!!!!! Tak paham-paham bahasa.Nak lemas aku dibuatnya.Plus takut terpijak landak laut lagi..Grrr~
geli laaaaaaa..........segala jenis cacing,ulat-ulatan segala aku geli. tolonglah paham.jangan main2 di tengah laut.Landak laut kat bawah dah sedia nak cucuk kaki..uhuks T_T mama~
Lepas snorkeling,saya telah meminta Lik (beach boy yang pandu bot) untuk pergi ke Spa Resort.Nak tahu kenapa? Kat sana ada ternak anak-anak penyu.Sangat comel! Kecik-kecik sangat. Sebenarnya nak pergi kena bayar RM15 seorang woii! Kalau kami ni berlima macam mana? Sungguh hawau cekik darah! Jadi, masing-masing bajet comel dan memujuk ‘Big Bos’ dan Lik untuk bagi murah.Mula-mula mereka taknak pergi sebab ombak makin kuat dan air laut nak pasang tapi kami nak jugak pergi! Bajet la..dah dekat giler kot.5 minit sampai. Lagipun esoknya nak balik dah.Pujuk-pujuk..”bolehla bang..lepas ni takde perempuan dah nak datang pulau ni.Kami je yang datang cuti ni..” Last-last kami pun dibawa dengan bayaran RM15 untuk 5 orang terus.Cool~
melawat anak-anak penyu yang comel.Sebenarnya banyak sangat lagi tetapi mereka sangat pemalu menerima kunjugan saya dan telah menyorok di tepi-tepi.Ohya, boleh pegang jugak anak-anak penyu ni.(siapa tengok Nemo? Yo dude~) sangat cute kan?
Waktu malam kami pergi dinner.Sampai-sampai aje sangat terharu okeyy.Meja dah di set 5 kerusi,dengan hidangan marvelous atas meja,plus….CANDLE LIGHT dinner okeyy! T_T isk3.. RM 15 untuk 3 meal.ni baru first meal.
Lauk pauk – sotong masak cili ke ape
- Masakan ayam spesel
- Sayur
- Telur dadar dalam dia cili-cilian(pedas oohh)
- Buah tembikai & oren
- Air oren ais.
candle light dinner.Nasib baik tak tertido.hehe..
Lepas makan kami melepak di tepi pantai sambil tengok bintang yang berjuta-jutaan dan juga bulan yang cantek. Ooh bulan..lalalala..(ah sudah-sudah..tak perlu..) .Kami juga sempat bersembang dengan Lik.Pada dasarnya mula-mula takut jugak nak bertegur sapa dengan orang yang tak dikenali.Tapi lama-lama sebenarnya dia ok,pemalu nak tangkap gambar dengan perempuan.Again,18 tahun jugak macam Azurin.
Bermain? memang kesukaan kami! (^_^)V peace!! Macam power rangers tak?
Keesokan paginya, kami ke tepi pantai selepas subuh.Cantik dan sejuk sekali. Memandangkan masih terlalu awal untuk mandi jadi kami jalan-jalan ajelah tepi laut sambil kutip cengkerang siput dan batu yang cantik. Lai pulak sibuk melayan perasaan sorang-sorang sambil dengar Mp3. (Huh,ingat aku tak tawu ke kau tengah dengar lagu jiwang?Panggil banyak kali buat toya je..) Silap besar betul terlupa nak snap gambar minah ni.
apabila ombak menghempas pantai (lagi sekali takde kene mengena) huhu..
Ni pasti lubang rumah ketam! Mustahil la lubang rumah ular pulak kan? (-_-)' duhh~
Sebelum mandi dan snorkeling lagi,kami dihidangkan dengan hidangan breakfast. Sandwich bakar isi tuna mayonis dengan mee goreng. Isk3..walaupun makanan yang simple,tapi sangat sedap jugak! Air boleh mintak air apa-apa. (^_^) I like..
merenung pemandangan dari tempat makan.Waaaah.. indahnyaaa Pulau Kapas!!! ( dalam hati perut sangat lapar tunggu breakfast sampai.Isk3.. T_T )
Lai telah membuat lawak pagi-pagi.Ada lalat datang hinggap dalam gelas teha. Dia nak panggil Teha.
Instead of cakap “Teha,ada lalat hinggap dalam air kau! “ tapi dia telah tersyasyul dengan amat dahsyat dahla silap panggil nama orang “ copi!! Tetatititutuututuuuuut lalaaat!!..” apakah?? Bahasa landak laut ke apa?
Selepas makan,kami berkayak.Sebenarnya mereka berempat je berkayak-Nehzat,Teha,Lai and Shark. Saya jadi photoghrapher mereka. Kelakar sungguh Shark dan Nehzat, boleh pulak kayak gi langgar jeti? Dan diketawakan pakcik di situ.Terus saya buat-buat tak kenal .huhu.. (-_-)’
bot untuk berkayak dua orang.Siapa nak duduk tiga orang boleh,duduk di penjuru belakang dan bonsot anda akan digigit jaws.
Cantik! Cantik!
Wah! dah tumbuh muscle selepas berkayuh nampaknya!
Seorang Lik yang menjaga kami dengan baik sekali! two thumbs up! Tengok-tengok! Memang cantik kan tempat ni? abaikan manusia di tepi itu sebentar. =P keji keji..
Jadi lepas berkayak kami pun bermandi-mandian dan snorkeling lagi. Lagi sekali telah memujuk Lik untuk meminjam snorkeling gear yang sepatotnya disewa dengan harga dalam RM 10.Kalau 5 orang? Huh..kena la berkira,duit dah nak kering,ni vacation main redah aje. Belum beli tiket balik Shah Alam lagi. Masa pergi duit dalam dompet tak sampai RM 200.Dia pun minta kebenaran ‘big bos’ dan kami berjaya!!! Hahahaha..keji dohh..
crystal clear okeyy.
Sepanjang kami berada di Pulau Kapas,Lik telah menjaga kami dengan baik.Mungkin sebab kami semua perempuan.Plus,dia ingat kami 17,18 tahun. Hahaha..sumpah kelakar.Dah nak balik baru bagitahu kami ni akak-akak dah. Lik yang membawa kami naik bot untuk snorkeling di tempat banyak coral.Dia jugak yang jaga kami sewaktu kayak (bot laida bocor wohh..) dan mandi di tepi pantai lebih-lebih lagi Nehzat yang taknak balik ke darat dah.huhu..dah syiok sangat tengok ikan dan coral dalam laut.Kepala pun tak naik-naik dah.Nasib baik ada life jacket.
Selepas snorkeling kami lunch pulak. Makanan sedap jugak..Isk3.. Everytime makan rasa terharu tak tahulah kenapa.
Kemudian kami pun packing nak balik.Bot ambil kami pukul 2pm.
sumpah sedih dohh nak packing balik.. T_T huhu..
kenangan bersama chef yang masak sedap dan menambah 1kg kepada kami sebelum balik. terima kasih bang.sungguh terharu.T_T Dan bersama Abang Said juga yang telah setting candle light dinner dengan meal-meal lain.
Sampai-sampai di Jeti Marang kami disambut Azurin.Beliau telah offer membelikan tiket balik ke Shah Alam. T_T kan..syukur giler first vacation ni jumpa dengan orang baik-baik. Kalau tak jenuh pikir macam mana nak pergi stesen bas kat Kuala Terengganu tu. Azurin telah meminta abangnya Azim membelikan tiket untuk kami.Tiket dah ditempah.Pukul 10 malam. Habis tu masa yang ada nak buat apa?
AMARAN : KATAKAN TIDAK KEPADA TELUR PENYU!!
Tahukah anda?
Seekor penyu tidak bertelur setiap tahun tetapi dalam
jangka masa 2-8 tahun sekali?dan masa untuk menetas adalah 45-60 hari.
7 spesies aje yang ada kat dunia ni.kat DUNIA ok dan 4 spesis aje yang ada
di Malaysia.Penyu juga ambil masa 20-50 tahun untuk matang.Kalau manusia?
15 tahun dah matang.50 tahun dah nak mampus kan.Kesian penyu..
(Iklan kesedaran sivik je ni.Lagipun mahal woi telur penyu.Sebiji RM2 camtu.
Kalau beli telur ayam? dah boleh dapat sedozen.siapa tak tahu sedozen tu berapa?
12 biji la ngeng..)
Jadi bagaimana dengan mereka?
Sebelum kaunter boat yang Azurin jaga tutup,kami telah ke pasar berdekatan dan membeli buah.Orang-orang di pasar juga sangat peramah dan kelakar. Kami beli buah langsat,manggis dan….DURIAN!!!! Jadi sambil tunggu Azurin,kami pun makan buah di tepi jeti.Alahai romantika giler..
dengan tenaga seorang perempuan,
berjaya mengopek durian.Bravo,bravo..(eh dah berjaya buat pantun dua kerat sebenarnya!)
Jeng..jeng..jeng.. Semua pun nak beli keropok lekor kan.Amiera dah bising pulak nak keropok lekor.Kena gak cari walaupun tak tahu kat mana. Jadi selepas tutup kaunter dalam pukul 5 PM, Azurin telah membawa kami membeli keropok lekor. Beg-beg kami macam mana? Haaaaa… disebabkan Azurin ni baik jadi dia telah menumpangkan kami di resort familynya..Perghhh!! bagi kunci bilik lagi untuk rehat dan solat.Free okeyy.. T_T terharu lagi sekali dengan nasib baik yang menimpa kami.
Selepas itu,dia telah menyuruh saya drive kereta Kenari manualnya sampai ke Pekan.Hehe..(Ooo..kau ingat aku main-main ke bila aku kata aku boleh drive hah budak kecik?)
muka riang dapat memandu di Terengganu.
memandu sambil buka tingkap.Baru terasa angin pantai. Whoaa!
Jadi dengan Azurin duduk di sebelah dan jadi penunjuk arah, saya pun drive la sampai ke tempat keropok lekor yang Azurin kata best tu.Ooo..patutla best eh..ada kakak-kakak yang cantik-cantik.. Amboi kau ni Azurinnnn…. Yang duduk belakang terpaksa la bersempit-sempit.Nasib korangla janji still bernafas.Pekerja di situ semua putih-putih.Musykil giler padahal panas duduk tepi pantai.Molek-molek.
Pekerja cun-cun jadi sesiapa nak awek ganu meh datang Marang meh.
Lepas borong keropok lekor,sotong kering dan makanan lain yang membuatkan kereta tambah melendut berat(apa ayat ni??),kami menuju ke gerai untuk minum-minum.Gerai tu kat tepi pantai.Again,dapat lepak minum dan makan sotong goreng tepung di tepi pantai.
Balik ke resort dan rehat kejap.Selepas itu Azurin hantar kami ke tempat tunggu bas berdekatan Masjid Tun Zahirah (Yeke nama masjid nih?sukahati aku aje.huhu..) Azurin menunggu sampai lah bas datang.Walaupun muka dia mengantuk dan saya dah suruh balik dulu dia kata “ takpelah kak,nanti kalau bas tak datang kang kesian kat akak-akak..” huhuhu… T_T terharu kali kesejuta dah ni..
Azurin yang telah menghantar kami ke tempat menunggu bas dan menunggu hingga bas sampai.
Bas pun datang around 10.30 PM. Dan mengangkut kami semua balik.Sangat sejuk dan kami telah tidur dengan nyenyaknya. Sampai di Shah Alam dalam pukul 5 AM.Sheila telah mengambil kami dan membuat surprise dengan membawa lagi seorang pemandu untuk membawa kami balik.Maklumlah,kereta kelisa tu tak muat untuk bawa kami 5 orang berserta beg-beg dan souvenirs lagi.So beliau yang lagi seorang itu ialah Dinie Hayyan..Wow!! Thanks so much DH!! We love yah!! Sungguh terkejut sampai terbeliak mata yang mengantuk ni jumpe ex-classmate.Terus taknak naik dengan Sheila nak naik dengan DH..wakaka.tak senunuh perangai.
Jadi begitulah panjang lebarnya cerita trip kami ni.Mula-mula was-was jugak kenapa la si budak Lik, Azurin dan abangnya ni macam baik aje. Mereka nak jual kami kat Thailand ke? Isk3.. Tapi try hard untuk fikir positif sampailah balik.Kami memang selamat dan percutian kami Alhamdulillah lancar dan tersangat-sangatlah best walaupun pergi Pulau Kapas aje. Dua perkara berbeza antara bercuti dengan family dan bercuti dengan kawan-kawan.
Bercuti dengan family- semua perbelanjaan anda ibu bapa yang tanggung,kalau tak cukup mintak aje.tak risau apa-apa dari awal sampai akhir percutian sebab ayah dah plan awal-awal.
Bercuti dengan rakan- mengajar erti sabar,dan belajar menjadi seorang yang independent ,adventurous, dan spontaneous .Main redah kan.yang penting hati dan niat untuk apa =)
Boat pergi balik = RM 30
Snorkeling trip = RM 25
Makan = RM 15
Extra (tengok penyu) = RM 15/5= RM3
So total perbelanjaan Pulau Kapas sahaja = RM113 satu malam including boat pergi balik,snorkeling trip,chalet yg selesa,dan makan 3 kali. Ok lah kan.kalau nak pergi lagi lama mungkin boleh negotiate lagi murah. Tiket balik Shah Alam = RM41.60
Awww~ posing nak gedik.haha..
p/s : semua gambar di atas adalah tanpa diedit dan benar dari kami kecuali yang telah di google search seperti Barracuda,snorkeling mat salleh dan gambar gamat(of course la,takde sape nak pegang) .Sesiapa yang nak pergi Pulau Kapas saya boleh bagi num contact Azurin ok.Sekian,terima kasih sebab membaca =)








